Friday, May 20, 2011
^V^ Armitabha, kepada saudara Yong Vui Kong ,semoga Tuhan sentiasa disisi mu ^V^
^V^
To be frank , I fully supported death sentence against drug traffickers but ....after reading d confession letter by Vui Kong , I found that it is very inhuman n cruel 2 take away a young life like Vui Kong .
2 Singapore Government n all , put yourself as this young man's parent , how u feel ? Wont u think u should give a second thought ???
Btw, I totally agreed with TL on death sentence against drug traffickers oso but somehow I still feel VERY uneasy seeing such "good " ( after insaf ) young man going 2 die soon.... extremely uncomfortable seeing that !!!
This is definitely a disaster 4 his parent ! just cant imagine what/how I will react if this incident happened on me !!!
Armitabha , semoga Tuhan sentiasa mengiringi mu di dunia akhirat .
Warkah di ambang maut: Dampingilah agama
***
Yong Vui Kong, rakyat Malaysia kelahiran Sabah, sedang merengkuk di penjara Singapura. Beliau menunggu hukuman gantung ke atasnya dilaksanakan kerana kesalahan mengedar dadah.
Malaysiakini akan menyiarkan surat-surat terakhir Yong kepada Yetian – seorang anggota kempen “Selamatkan Vui Kong” – sepanjang 12 minggu terakhirnya di menunggu kematiannya.
Yetian,
Aku menghitung warkah-warkahmu. Ini sudah yang kelima. Dan aku akan terus mengutusimu lagi dengan tujuh pucuk surat. Aku punya tujuh lagi peluang untuk meluahkan perasaan.
Ribuan terima kasih aku ucapkan pada yang sudi meluangkan masa mendengar rintihanku, sekali gus mengetepikan kesibukan demi membantuku dan Yun Leong.
Terima kasih kerana membenarkanku terus mencurahkan pandangan.
Dalam warkah kelima ini, banyak yang ingin kukatakan. Negara akan mencapai kejayaan dengan penguasa dan rakyat yang baik, dengan undang-undang yang luhur.
Seperti negara kita. Kita punya pemimpin yang tidak buruk, punya undang-undang. Paling penting, rakyatnya baik-baik belaka.
Tanpa hati murni warganya yang sebegini, tiada siapa akan tahu tentang nasib yang menimpa diriku.
Apabila seseorang melakukan kesalahan, dia mesti dihukum. Dan undang-undang itu mesti dituruti. Aku melakukannya (kesalahan) di Kota Singa.
Mereka mahu undang-undang menghadiahkan penderitaan padaku. Aku rasa ini benar kerana mereka hanya menuruti undang-undang dalam negara yang baik.
Seperti yang aku maklumkan dahulu, aku takut menghadapinya. Aku dengar suara hakim memutuskan. Dan aku mesti menghadapi kematian.
Aku begitu gentar. Aku tidak tahu lagi apa perlu dibuat.
Di akhirat tetap dihukum
Pada masa itu, peguam memberitahu bahawa aku boleh merayu. Pada saat yang sama, aku sudah berkenalan dengan falsafah Buddhisme. Aku kini faham, ajaran Buddhisme tidak membenarkan kita menipu.
Aku percaya, untuk merayu maksudnya aku mesti berbohong, mesti bangun dalam mahkamah dan mengaku tidak bersalah. Aku tak akan lakukan perkara itu. Sebabnya, aku memang bersalah. Jadi, aku putuskan tidak akan sesekali merayu.
Kita boleh berbohong dan mengelakkan maut dengannya. Tetapi di akhirat nanti, kita akan tetap dihukum. Bukankah itu kesakitan yang sebenar-benarnya?
Akhirnya, saudaraku Yun Leong membantu dengan peguam baru. Katanya, amat penting untuk aku merayu terhadap kes itu.
Pada masa itu juga, aku masih tidak berapa faham. Jadi, aku diterangkan banyak perkara berkenaan hukuman bunuh dan persoalan hukum. Maka, aku benarkannya kerana dia nampak layak.
Menurut peguam itu, aku harus minta belas ehsan dan minta diringankan hukuman gantung terhadapku kepada penjara seumur hidup. Dengan cara ini juga, aku boleh tinggal dalam penjara dan terus menekuni ajaran Buddha.
Aku juga berpeluang bertemu Yun Leong seperti selalu. Tetapi kemudiannya aku dengar banyak perselisihan. Bukan ini yang aku mahukan.
Aku bekerja keras mempelajari bahasa Inggeris kerana dalam kes ini, aku mesti memahami undang-undang Republik Singapura.
Akhirnya aku tiba pada satu kesimpulan: Undang-undang dibuat oleh manusia dan manusia juga yang mengubahnya, termasuklah yang berkenaan hukuman mati.
Saya fikir, saya harus berada dalam mentaliti penjara maut untuk memahami masa depan penghuninya.
Agaknya mereka sibuk
Saya juga cuba ingatkan seorang rakan, yang juga di ambang maut. Hati saya pilu, dia masih juga belum matang. Aku termangu, apakah dia benar-benar harus mati?
Yetian,
Kamu beritahu aku bahawa menteri dalam negeri dan menteri undang-undang secara terbuka mahu menimbangkan hukuman padaku itu. Tetapi, mereka nampaknya masih belum melangkah ke arah itu.
Mungkin mereka sibuk dengan urusan dalam negeri agaknya. Namun aku masih percaya, pegawai di peringkat tinggi akan mengotakan iltizam mereka.
Yun Leong,
Sudah berpucuk-pucuk surat kuutuskan. Tetapi katamu, mereka hanya menerima sedikit sahaja. Mungkin banyak yang terkandas di pintu penjara dan tidak dibenarkan dibawa keluar.
Atau mungkin juga kes aku dan banyak lagi yang seumpanya dipantau. Mereka nampaknya begitu berhati-hati dengan surat-surat ini walaupun ia hanya mengandungi curahan perasaanku.
Dan saya berharap semua orang, saudara-saudara lelaki dan perempuan boleh terus menatap tulisanku.
Akhirul kalam, aku ingin mengajak semua orang yang berpeluang mendekati agama, teruskanlah mendampinginya.
Bagiku, selepas menemui cahaya daripada ajaran Buddha, aku faham bahawa berbohong adalah dosa yang berat. Maka, aku akan mengelakkannya dan akan jujur mengisahkan cerita-cerita padamu. Aku harap Singapura juga tidak menutup telingan padanya.
Walaupun kes aku ini nampaknya tidak berakhir dengan baik, tetapi di masa ke depan, lebih banyak lagi kes sebegini akan muncul. Jadi, bukankah mencegahnya daripada berulang itu lebih penting?
Warkah ini akan disiarkan sehari selepas Hari Wesak, kan? Tetapi walaupun mungkin perayaan itu sudah berlalu, aku ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat Hari Wesak kepada semua. Harapnya semua kalian sihat dan berbahagia selalu.
Yetian, terima kasih sungguh-sungguh daripada lubuk hatiku.
Ikhlas,
Vui Kong
YONG VUI KONG, dijatuhkan hukuman mati pada November 2009 kerana mengedar dadah. Beliau hanya berusia 19 tahun. Pada 4 April lalu, beliau gagal dalam rayuan terakhirnya bagi mengelakkan hukuman mati mandatori.
Remaka itu dijadual digantung dalam tempoh kurang tiga bulan kecuali diberikan pengampunan oleh presiden Singapura.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment